Saturday, October 23, 2010

syukur

Bila jauh,
mula kata rindu meniti di bibir.
Bila dekat,
senyum pun tak sudi.

Bila jauh,
mula menghujan bila namanya diseru.
Bila dekat,
selalu bikin hatinya dipalu.

Bila jauh,
baru nak bersyukur,
bila dekat,
buat maruahnya tersungkur.


Syukurlah,
kau masih punya.
beda dengan yang tak merasa.
walau tak secukup mana,
molek dari tiada.

Alhamdulillah.

Ya Allah,
terima kasih untuk itu.

Friday, August 13, 2010

Jauh

Jauh-jauh
suapaya aku tak benci kau,
kau tak benci aku

Jauh-jauh
supaya aku kasihkan kau
kau kasihkan aku

Jauh-jauh
supaya aku tak menghujan kerna kau
kau menghujan kerna aku

Jauh-jauh
molek untuk kita

Mahu

saya mahu mati.

Thursday, August 12, 2010

Belum

Aku belum mahu mati.

Tuesday, July 13, 2010

Senyum =)

owh hati,
senyumlah.
hari-hari,
bila-bila,
mana-mana,
walaupun petir ribut di luar mengasak jiwamu.

owh hati,
senyumlah,
untuk mereka-mereka yang kamu cinta
walau di ulit derita
tetap senyum
hingga nafas akhir.


owh hati,
senyumlah,

=)

*aku sedang senyum, kamu juga, harus begitu ya?

Sunday, May 23, 2010

Selama Mana

Selama mana lagi,
untuk kita
berselisih hati
dan diam
membungkam

Selama mana lagi
untuk kita
makan tak sehidang
dan kenyang
dek air mata

Selama mana lagi
untuk kita
berhembus
dalam ruang
yang tak pernah
terang?

Tuesday, May 11, 2010

Ah

Bangsat kau,

Pergi!