Monday, December 14, 2009

Diam

Aku diam tanpa kata.
tak bermakna kau bisa hiris aku dengan bicaramu.

Aku diam tanpa kata
tak bermakna kau harus ganyang aku dengan lakumu.

tak mengapa.
telah habis diam aku.
aku angkat kaki.
saaat itu.
kau.
pandang saja.
ok.

Wednesday, October 7, 2009

Dan bilamana

saat kau bukakan mata kau matahari esok,
kau hanya lihat kegelapan,
apa kau fikirkan tika itu?

dan bilamana,
kau cuba bangun dari katil usang,
ibarat jatuh dalam longkang besar,sayup-sayup hati berbisik,
mana kaki aku?

dan bilamana,
kau cuba mencari-cari lampu suluh,
tapi tak tercapai,kerna kedua tangan kau tidak berjari.

Tuesday, September 29, 2009

Kosong

Hey,
bangku di sebelah aku masih kosong,
sini kamu,duduk.
aku belanja kamu aiskrim
mahu?

Monday, September 14, 2009

Mahu

Aku mahu beradu,
sepurnama penuh,
menganyam angan di pinang sang putera.
cuma di situ,
aku bebas.

Aku mahu jalan-jalan,
dengan pedatimu,
tanpa destinasi,
hanya menyusur sepanjang jalan,
pasti cuma,
kau dan aku.

Aku mahu duduk,
di sebelah kau,
berlaga bahu,
mata bercumbu,
sambil ketawa,
melihat kau mengunyah coklat.

Aku mahu mencintaimu,
dalam tengah-tengah,
semput meribut,
hingga udara akhir.

Aku mahu kau tahu,
................................

ah,

sudahlah.

kau tak sudi pinjamkan telinga
barang sebentar.


Aku mahu,
kunci ia kembali.
kejap.
erat dalam diam.

Saturday, September 12, 2009

Telah Habis

Telah habis bicara,
Telah habis tangisan,
Telah habis pujukan,
Telah habis rayuan,

Hey gadis,
angkat kaki kau,
menginjak ke wilayah baru.

Saturday, April 25, 2009

Sepi

Ku pandang kanan,
hanya kotak kecil setia merenungku,
menemani setiap detik,
menyimpan segala hampa

Ku kalih ke kiri
hanya ruang gelap menerpa,
minta di suluh jalannya

bayu 'sepi' menampar wajah,

halus sekali,
tapi kejam menghiris dalam senyap,
perit!

'Sepi" aku di selangi hilai tawa,
adakah itu kegembiraan sebenarnya?
atau,
sebagai topeng menutup tangis?

'Sepi' aku dalam sendu,
apakah aku sedang bersedih?
tapi,
hanya tawa mereka kirimkan.

'Sepi' aku tanpa bicara,
Apa yang bermain di fikiran?

'Sepi' aku pada segaris senyuman,
Ikhlaskah itu?

'Sepi' aku melihat seraut wajah,
maafkan aku.
hanya itu termampu bagiku.

"Sepi' aku dalam keriuhan kota,
'Sepi' aku bertemankan gerimis senja,
'Sepi' aku resah meracau,
'Sepi' aku pada satu renungan.

Berbisik aku pada bayu,
Bisa hembuskan 'sepi' ke wilayah tanpa nama?
Anggukkan kepala.
Sepuluh jari ku susun.

'Sepi',
nasihat halus aku,
beraraklah kau kesana,
jauhi ruang ini,
benarkan tujuh warna kembali menari.

Tuesday, April 21, 2009

Pura-pura

Jangan berpura-pura ambil berat,
Jika nawaitu mahu menjerat,
makin berselirat,
makin terikat,
Aku penat


Hey,
kamu..
Ya kamu..
pintu di sana ya.

Monday, April 20, 2009

Cahaya

Cahaya itu,
terik,
kejam menusuk ke mata.
Pedih.
Menghiris hati.

Kenapa?
Cahaya itu,
tidak lagi gah menyinari
tidak lagi galak menari
tidak lagi punya nafsu memekik


Sialan,
siapa selak bidai kamar aku ini?

Saturday, February 28, 2009

Oh Tuhan,
Aku suka tika ini,
detik ini,
kala ini,

tenang sekali,
tiada lagi riuh hati bertelagah sama fikiran,
mencari akan suatu jawaban yang entah bila menjelma

tak tergambar betapa indahnya kala insan lain enak di bawah sedar,
aku masih realiti,
berfantasi di alam pelangi
mencipta ruang sendiri,
bisa aku,
meletakkan beban di bahu barang sebentar,
nikmati saat-saat manis dan
lupakan sejenak detik suram
*senyum*
bagaimana ya?
minda berfikir tanpa lelah,
halwa telinga mendengar hela nafas teratur bagai
tiap titisan hujan ku hitung kira

Tuhan,
aku pohon,
esok masih ada untukku..

Saturday, February 14, 2009

"Lebih baik mati"

lebih baik mati,
jika hidup menanam duri,
hingga jiwa bernanah sepi.

lebih baik mati,
tika bicara rancak mengeji,
supaya hilang remuk di hati.