Saturday, January 16, 2010

Berapa harganya?

Kalau pun kau mahu berpaling,
tolong,barang sejenak.
khabar ke aku.
berapa harga se-sentimeter deria hidumu?
kau,
alpa menunduk wajah ke sepatumu.
lihat!
siapa terhenyak dek langkah ke sisi sana?


berapa harga sepatah kata khilafmu?
kau,
menitip jarum ke hati.
jiwanya di sampah.
senyumannya di ikat.

berapa harganya?
khabar ke aku.
langsaikan hutang sebelum kau bahagia.

Friday, January 15, 2010

Sudah

Sudah-sudahlah
kau bergundah
dia sikit tidak kisah

Sudah-sudahlah,
kau resah
dia asyik meludah

Sudah-sudahlah,
kau telan lelah
dia bermadah helah.


Sudah-sudahlah
jaga langkah!
jangan lemah