Thursday, April 15, 2010

Benci

Bencinya,
setiap kali mendengar,
akan bisik makhluk bertanduk,
mudah merasuk,
terjerat tak bertali.
walau sang batin menjerit memekik,
"tolonglah,jangan!"
ego menepis,"pergi mampus kau"
hati rapuh makin mereput.

Bencinya,
setiap kali mula menapak,
untuk kesekian kali,
"penatlah bodoh"
"aku bosan begini"
lolongan jiwa minta di lepas terbiar sepi.

Bencinya,
setiap kali memandang,
senyuman nipis kau si lalang,
apa gunanya kau mengaduh.
untuk di belai segalakah?

Bencilah!
setiap kali kalah dengan 'kau.'

Monday, April 5, 2010

Hingga Sampai Waktunya

Kau bilang,
kita begini-begini dahulu,
hingga sampai waktunya,
kita berdua akan begitu-begitu.
*sambil menunding jari kepada si adam dan si hawa serta manusia kecil di dalam stroller

Kau bilang,
sudah-sudahlah,
untuk yang lepas-lepas
hingga sampai waktunya
kita akan membina istana pasir.
*tapi malamnya kau dengan dia

Kau bilang,
kita harus bikin ini,itu.
untuk hari ini.
hingga sampai waktunya,
kita berdua duduk berdua di singgahsana.
*hakikatnya habis di hirup jiwa

Kau jua bilang,
untuk aku segalanya,
hingga sampai waktunya,
sorok wajah di belakang tiang.
*yang sebenarnya dalam hati dia-aku untuk sementara

Hingga sampai waktunya,
mereka-mereka akan jerit.
Kau dungu!

Ya,
aku dungu.
sebelum sampai waktunya.





Saturday, January 16, 2010

Berapa harganya?

Kalau pun kau mahu berpaling,
tolong,barang sejenak.
khabar ke aku.
berapa harga se-sentimeter deria hidumu?
kau,
alpa menunduk wajah ke sepatumu.
lihat!
siapa terhenyak dek langkah ke sisi sana?


berapa harga sepatah kata khilafmu?
kau,
menitip jarum ke hati.
jiwanya di sampah.
senyumannya di ikat.

berapa harganya?
khabar ke aku.
langsaikan hutang sebelum kau bahagia.

Friday, January 15, 2010

Sudah

Sudah-sudahlah
kau bergundah
dia sikit tidak kisah

Sudah-sudahlah,
kau resah
dia asyik meludah

Sudah-sudahlah,
kau telan lelah
dia bermadah helah.


Sudah-sudahlah
jaga langkah!
jangan lemah

Monday, December 14, 2009

Diam

Aku diam tanpa kata.
tak bermakna kau bisa hiris aku dengan bicaramu.

Aku diam tanpa kata
tak bermakna kau harus ganyang aku dengan lakumu.

tak mengapa.
telah habis diam aku.
aku angkat kaki.
saaat itu.
kau.
pandang saja.
ok.

Wednesday, October 7, 2009

Dan bilamana

saat kau bukakan mata kau matahari esok,
kau hanya lihat kegelapan,
apa kau fikirkan tika itu?

dan bilamana,
kau cuba bangun dari katil usang,
ibarat jatuh dalam longkang besar,sayup-sayup hati berbisik,
mana kaki aku?

dan bilamana,
kau cuba mencari-cari lampu suluh,
tapi tak tercapai,kerna kedua tangan kau tidak berjari.

Tuesday, September 29, 2009

Kosong

Hey,
bangku di sebelah aku masih kosong,
sini kamu,duduk.
aku belanja kamu aiskrim
mahu?